Sunday 30 August 2015

Always be kind, for everyone is fighting a hard battle





Only about 1 day left before we heading back to UK. I'm trying my best to spend time with my beloved family members, my friends & all my loved ones.I've tried my best to fulfil all invitations & I would like to apologise if I /we did not make it.




As I was sitting at a saloon having a hair cut yesterday, I saw an article wrote by my dear ex-schoolmate, Elaine Kwong about her experience being diagnosed of ovarian cancer. I contacted her husband last few weeks if Elaine accepts visitors, but I totally understand if she doesn't because I just lost my father due to Lung Cancer last year & it was not easy for him/us to accept visitors. Last week, I managed to visit my ex-primary schoolmate, Nur Ezlin, who is also fighting brain cancer. Alhamdulillah, she could still recognise us(her friends during the visit) despite her speech difficulties.

Praise to Allah, I could find time to drop by at IJN -visited my aunt who underwent artery bypass surgery, Ara Damansara Medical Centre- to comfort a good friend of mine, whose father was in ICU & Putrajaya Hospital- to give moral support to my colleague, whose baby daughter is still in NICU since the first day she was born due to some heart complications. I know I may not able to help financially/physically but All I can do is, showing moral support & Through my prayers/du'as to Allah.

As what My parents had taught me before & I still remember exactly what my mom said "my ustaz told me if you can't afford to perform Umrah in Mecca..the other way is just pay a visit to an ill or unwell person (dengan ikhlas). The reward is as great as performing an Umrah. 

Usually the unwell person will also pray for his/her visitors & Allah will answer the prayers because the unwell person's doa/prayers are powerful & effective, Insya Allah.. That's the beauty of it.. "

All of us have been given a certain amount of time, and we do not know how much time we have left. I will try to make use of my time & hopefully I use it wisely which also benefits others. As I always hold on to the "Pay it forward" concept; respond to a person's kindness to oneself by being kind to someone else. Insya Allah..I will take the support I have had and try to pay it forward whenever I can.

Monday 10 August 2015

Isteri Berkerjaya Vs Isteri SuriRumah Sepenuh Masa


Sebenarnya saya sgt suka topik ini, dihujani pula dengan News Feed pasal Kerjaya sebagai surirumah lebih mulia, wanita kerjaya tidak menyayangi anak-anak seperti mana surirumah menyayangi anak-anak mereka, maids lebih mengenali anak-anak drpd ibubapa sendiri, atau menjana mendapatan secara online lebih baik kerana lebih byk masa di rumah bersama-sama anak-anak& suami. Hmmm... Best tajuk ni buat debate. Sambil masak tengahari sambil menulis kejap. 

Seperti biasa orang-orang kita amat suka "pukul rata", setiap isu/keadaan kita suka "assume" & amat "judgemental", kita terlupa setiap perkara ada kelebihan & keburukan, setiap pasangan atau keluarga adalah unik. Allah menjadikan umatnya berlainan dan jenis atau tahap dugaan/cabaran setiap insan juga adalah berlainan dan rezeki yang Allah kurniakan juga berbeza. 

Oleh itu, cara penyelesaian sesuatu masalah atau bagaimana seseorang itu menghadapi atau mengendalikan cabaran amat berlainan. Jadi kita perlu melihat sesuatu itu secara "case by case basis". Setiap wanita ada alasannya sendiri untuk bekerja atau menjadi surirumah sepenuh masa. Banyak faktor yang mempengaruhi keputusan tersebut (tahap kewangan suami, latarbelakang suami/isteri, cara didikan keluarga, perangai/tingkahlaku suami isteri, kekangan masa, faktor siapa nak jaga anak-anak, budaya, faktor persekitaran dan sebagainya lah.. Bagus buat thesis & keluarkan hypothesis) Tetapi ini bukanlah kayu pengukur perbandingan antara satu sama lain.

Ok sekarang saya nak tukar topi.. Pakai topi Feminist kejap. Rata-rata meletakkan tanggungjawab menjaga & mendidik anak-anak hanya pada kaum ibu, itu belum lagi pada tanggungjawab urusan kerja-kerja rumah; memasak, mengemas, membersihkan kainbaju, dan sebagainya. Jawapan standard : dah sememangnya tugas-tugas itu tanggungjawab wanita & kaum bapa tugasnya mencari rezeki yang Halal utk keluarga saja. Yang kami tau, rumah dalam keadaan tiptop, anak-anak sihat & terjaga, anak2 tiada masalah di sekolah (kalau dapat good results kami berbangga sbb anak kami tu...walaupun x kisah la apa diaorg blajar atau buat kat sekolah), makanan dah terhidang semasa kami balik dari kerja. Takkan kami nak uruskan semua itu juga, kami penat tau dari pagi ke ptg/malam kat tempat kerja! Kalau nak tulis bab ni saja memang takkan habis.. Ala bukan susah sangat jadi ibu dan isteri, setakat masak, settlekan anak-pergi sekolah, basuh baju, lipat, cuci rumah (vacum, lap, mop, cuci jamban, pastikan semua bilik bersih), selalu check maintenance rumah, monitor pelajaran anak-anak, jaga anak-anak sakit, memastikan anak-anak solat/mengaji/menanam nilai-nilai murni dalam diri & oh ya.. Last sekali melayan suami yg amat penting kalau tak berdosa besar! Teet!! Oh para isteri juga jangan la pula pandai minta benda-benda yang mahal, yang tak mampu disediakan oleh para suami. Tapi jangan la sampai tak menjaga penampilan diri, berhiaslah untuk mata suami.. Kalau penat, cakap la lemah lembut dgn suami, jangan tinggikan suara. Jaga maruah dan tatatertib sebagai isteri. Tu semua antara jalan-jalan ke Syurga nanti. Itu semua antara "statement" biasa & amat meloyakan, nampak sangat kaum wanita sahaja akan menuju ke Syurga (Alhamdulillah.. Aaminn..,lagi power kalau dapat "payung emas").

Ok sekarang saya nak masuk bab alasan-alasan saya (case study saya sendiri la bukan orang lain) kenapa saya memilih untuk bekerja (buat masa sekrg ni la.. Unless kami dapat hadiah/ derma berjuta-juta atau suami dah bergaji tinggi dgn "statement - u tak yah keje lagi la.. Gaji saya seorang dah cukup menampung keluarga ni") :
  1. perkara pertama yang saya pernah berbincang dengan kakak saya masa kami masih "anak dara" dahulu adalah kami berjanji untuk bekerja untuk menyara diri & membantu keluarga. Antara sebab utama adalah "langit tidak selalunya cerah"- kami tidak boleh menjangka kalau perkahwinan kami sehingga ke akhir hayat atau hanya sekerat jalan. Jadi kami perlu menyediakan payung sebelum hujan, perkahwinan ada satu perjudian "gamble", kami tidak dapat pastikan sama ada bakal suami adalah seorang yang bertanggungjawab atau hanya sekadar dipinggiran *sign*. Ajal maut juga bukan ditangan sendiri, mungkin kami atau para suami yang pergi dahulu. Buatnya, dapat suami yang banyak meninggalkan hutang atau anak-anak kami pula ramai- bagaimana kami nak "survive"? Itu kalau semua anak sihat, kalau tidak sihat atau mempunyai anak istimewa lagilah memerlukan perbelanjaan yang tinggi. 
  2. "Rezeki anak-anak itu ditangan Allah", ya betul tepat sekali tetapi Ini tidak bermakna kita tidak perlu berusaha untuk mengubah keadaan kita. 
  3. kaum wanita terkenal dengan kuat shoppingkan... Saya jenis yang suka berbelanja dengan duit sendiri, sepanjang tempoh perkahwinan ini, saya tidak pernah meminta daripada suami (secara serious!). Kalau terdesak pun saya akan kata saya nak berhutang & akan membayar duit itu balik. Perbelanjaan perkahwinan dulu pun saya berusaha sendiri untuk sediakan, walaupun tak la semua tapi sekurang-kurangnya ada inisiatif untuk membantu ibubapa sendiri/mertua. Ada kala saya teringin juga nak menghadiri kursus Parenting ke kursus memasak ke menjahit ke melukis ke.. Mana ada yang percuma sekarang semua berbayar.. Nak dengar ceramah agama pun sama. Jadi kena pandai mencari duit sendiri. 
  4. Konsep saya mudah; kalau dia seorang suami yang bertanggungjawab, dia perlu tahu tanggungjawabnya kepada pasangan dan anak-anak. Hendak kedekut dgn isteri atau anak-anak itu keputusan suami sendiri. Itu antara perkara yang perlu suami jawab di Akhirat kelak. Saya tidak suka mengemis atau meminta walaupun dengan suami sendiri sebab saya tidak mahu mungkin antara isu yang ditimbulkan kelak adalah "i tak ada duit sebab you la mintak belanja nak handbag Chanel, nak rumah besar macam pencakar langit, anak-anak nak pakaikan baju beli kat Paris, NY, London bagai, kalau bercuti nak "oberseas" saja". Kalau suami nak belikan hadiah pun (selalunya dia mengaku dia bukan jenis pandai memilih, atau jenis suka membelikan hadiah), jadi masa ulangtahun perkahwinan kami ke 10, suami ada bawa saya ke kedai emas, dia kata "ok my budget is RmXxx, u bole pilih yang mana dgn budget tu" hahaha .. Siap macam buat projek Gomenkan ada budget2.. But that's more than enough for me..Alhamdulillah. Saya kata "tak payah la.. Simpan la duit tu utk anak-anak. Saya boleh beli sendiri."Bukan berlagak sombong tetapi saya bukan jenis suka memakai accessories lagi2 Emas berkilau (takut kena rompak.. Siapa yang susah? Mereka dan keluarga mereka 😝.) Tetapi suami kata "belila. Lagipun bukan selalu.. Hanya setiap 10tahun!😁" Jadi saya pun pilihlah cincin tapi dengan harga separuh drpd siling peruntukan yang telah suami sediakan (Ikut budget MOF). Sebenarnya bukan semua para isteri ni hadap sangat dengan hartabenda atau kemewahan. Kami hanya perlukan "more actions than words" & "the thought that counts". Itu sahaja- mahal sangat ke?
  5. apa yang saya buat dengan gaji saya? Perkara utama yang saya laburkan adalah pada Insurance kami semua (termasuk suami ya, walaupun kami boleh saja pergi Hospital Kerajaan (saya pengguna/penyokong tegar hospital kerajaan) namun sekadar untuk back up atau kecemasan, simpanan utk pelajaran anak-anak/ Education Plan (tak la banyak- tapi yang penting sikit-sikit lama-lama jadi bukit), saya juga ada buat simpanan untuk Umrah&Haji (untuk kami berdua- Pru BSN Ummah), simpanan untuk diri sendiri (untuk beli asset kalau ada lebihan rezeki/simpanan) , selainnya perbelanjaan untuk anak-anak (buku2, baju raya, belanja makan kat luar untuk special occasion) dan perbelanjaan untuk diri sendiri especially my art stuff dan perhiasan rumah. (suka hati I la nak shopping apakan.. Nak handbag ke kasut ke spa ke.. Janji duit sendiri -seringkali rasa bersalah apabila shopping untuk diri sendiri -walaupun hati kecil selalu berkata "wei.. Duit ko kot.. U deserved it .. Sekali skala belanja la untuk diri sendiri asyik pikir orang lain je"). 
  6. kadangkala terasa juga apabila suami keluarkan statement "yelah you bila dah abis study PhD nanti pangkat besar, gaji banyak lebih tinggi daripada saya ni.. Lagi-lagi bila dah ambik cuti tanpa gaji". (Itu pun kalau grad la kan...) Kalaulah orang lelaki ini faham bagaimana orang perempuan berfikir mesti aman saja dunia ni. Penat sebenarnya nak cuba menerangkan bagaimana kami (ibu/isteri/girlpren/aweks) ni berfikir; bukan semua wanita suka bergantung kepada kaum lelaki. (Bak kata CheTa la kan...) Kami memandang sesuatu dari pelbagai sudut, kalau nak membuat sesuatu keputusan kena ada backup plan(s) (Plan A, B, C). Kalau membuat sesuatu pekerjaan pun kami dah menyusun dahulu apa yg perlu kami buat seterusnya (x perlu ada checklist ditangan, di kepala lah kami simpan checklist tersebut). Walaupun badan/anggota sedang membuat kerja A, dalam kepala otak dah terfikir dah nak buat B, C, lepas tu boleh termasuk plak teringat cikgu sekolah anak A minta sediakan perkara M dan sebagainya. Tetapi apa pun selalunya kami akan memikirkan orang lain dahulu baru diri sendiri. Itu yang apabila seorang isteri/ibu kata "saya nak makan pada pukul 12tghri berkemungkinan pukul 2ptg baru makan setelah semua kerja selesai atau semasa nak ke dapur banyak sgt penghalang dan pemandangan yang kurang menyenangkan yang perlu diuruskan dahulu. Berbanding dengan kaum lelaki yang boleh terus ke meja makan tanpa was-was.. Yang penting perutku diisi dahulu-lain boleh tunggu *sign*.Bagi saya, faktor utama untuk menyambung pelajaran bukan kerana KERJAYA,STATUS, PANGKAT, DUIT tetapi sebab saya suka belajar (ya kenyataan amat Poyo pada abad ini). Ada suatu ketika anda akan merasa anda perlu membuat perkara yg lain dari your comfort zone, mungkin anda dah bosan dgn kerjaya anda jadi anda memerlukan sesuatu added value atau cabaran lain. Jadi penyambung pelajaran boleh menjadi salah satu jalan keluar. Menyampung pelajaran juga seperti kerjaya. Antara faktor lain adalah juga adalah kerana saya juga bertanggungjawab dalam pendidikan dan proses pembesaran anak-anak, saya cuba untuk memberikan pendedahan yang terbaik dan boleh menjadikan contoh terbaik untuk mereka.
  7.  apabila saya mempunyai pendapatan sendiri saya boleh membelanjakan sebahagian/sedikit kearah kebaikan dalam erti kata lain sedekah. Adalah duit sikit untuk membuat sesuatu yang kita suka.Walaupun saya seorang pelajar di sini dan elaun sara hidup kadangkala tidak mencukupi tetapi ini tidak menyekat untuk saya membuat kebajikan (ini adalah simpanan Akhirat kelak dan juga sebagai baja rezeki. Lagi banyak sedekah lagi banyak pulangan yang bakal anda terima tanpa sedar!😉) Di sini terlalu banyak charity/ associations yang selalu datang ke rumah/membuat promosi di luar untuk mendapat sokongan orang awam. Ya, saya jenis jarang menolak, saya cuba membantu apa yang termampu (walaupun kita ingat kita sudah cukup susah, ada lagi yang lebih memerlukan). Derma secara "direct debit" telah lama diperkenalkan di sini (selalunya £8-10 sebulan [tiada paksaan boleh berhentikan bila-bila masa] untuk RedCross/ National Autism Society/ Deaf Association dan sebagainya) dan di Malaysia pun budaya seperti ini sudah bermula. Alhamdulillah.. Di Malaysia, kalau tak salah saya ada satu persatuan/Rumah Kebajikan yang menjaga anak-anak mangsa AIDS /HIV positif. Hanya RM35 sebulan yang saya tolak daripada gaji saya untuk rumah tersebut. 
  8. wanita berkerjaya tidak sayangkan anak-anak? Tak tahu buat kerja rumah? Tidak perlu lari ke sana ke sini untuk anak-anak? Sepatutnya golongan ini lah yang mendapat sokongan sebabnya mereka tahu membahagikan masa di rumah dan di tempat kerja. Bukan semua golongan ini mempunyai maid, jenis yang paling terror yang semua buat sendiri. Sarapuppap! Semua settle.. Tu baru betul multitasker! 
  9. Secara tidak langsung, setiap hari saya mendapat pengalaman dan pelajari perkara-perkara baru di tempat kerja yang kadangkala tanpa sedar banyak membantu dalam kehidupan seharian. Ilmu itu bukan setakat hadir di dalam kelas atau melalui pembacaan. "It's not just experiences alone that make you wise, it is learning from them," Ardelt
  10.  alasan paling utama adalah saya tidak mahu atau kalau boleh ingin mengelakkan daripada membebankan sesiapa.. Kalau dahulu saya menjadi bebanan kepada ibubapa, tetapi sekarang saya cuba untuk berdiri di atas kaki sendiri, bukan mahu untuk mengambil tempat suami tetapi untuk membantu menguruskan ekonomi keluarga secara bergandingan bahu. (Gitewww..)

Apa juga pekerjaan yang menjadi punca rezeki anda telah dimuktamadkan oleh Nya. Anda hanya perlu usaha, doa & Redha. Yang penting Ikhlas!
Apapun semua wanita berkerjaya di luar atau di dalam rumah atau surirumah sepenuh masa adalah wanita yang BEKERJAYA sebab mereka berkerja dengan jayanya dan tanggungjawab mereka adalah 24jam, 7 hari seminggu tanpa public holidays/cuti khas. Celik mata saja daripada tidur, tugas/kerja2 sedang menanti! To all women out there, ‪#‎kipidap‬ 😘